OLIVIE PHARMA,
a department of Atlas Olive Oils sarl

BERITA SEMASA

BEKERJA DI KAWASAN GURUN

THE ART OF OLIVE OIL SINCE 1887.

Penghasilan minyak zaitun sememangnya adalah suatu seni. Di Morocco, seni ini telah diberi nama: Atlas Olive Oils. Kisah ini bermula pada tahun 1887 apabila Boujida Aqallal mula mengeluarkan minyak zaitun “extra-virgin” yang terkemuka. Sejak itu, seni ini telah diturunkan dari generasi ke generasi hingga ke hari ini.

SUATU PERKEMBANGAN YANG MEMBANTU NEGARA.

Anda boleh menilai betapa unggulnya syarikat ini dengan hanya melihat pada perkembangannya dalam melindungi alam sekitar dan manusia dengan penuh tanggungjawab. Agro Health menyedari akan kepentingan nilai-nilai tersebut dan telah memutuskan untuk memperkembang aktiviti-aktivitinya secara lestari:
• Membantu para peladang
• Menjimatkan air
• Mengambil berat akan kebajikan pekerja
• Membanteras penggurunan

BEKERJA DI KAWASAN GURUN.

Agro Health adalah syarikat kumpulan kami yang bertujuan untuk menanam pohon zaitun milik keluarga Aqallal sejak hujung abad ke-19. Ladang kami terletak di kawasan-kawasan kering Morocco, yang kami usahakan 600 hektar dusun dengan lebih sejuta pohon zaitun. Misi kami adalah untuk mencapai piawaian kualiti tertinggi melalui perkembangan yang berterusan dan pengeluaran yang bersepadu.

LEMBAH (OASIS) DI KAWASAN GURUN.

Ladang El-Borouj, seluas 153 hektar, terletak di pertengahan gurun berbatu di atas plat fosfat, 150 kilometer dari Casablanca menuju ke arah Marrakech. Kawasan ini mempunyai sifat-sifat agronomi yang unik dan optimum yang diperlukan oleh pohon-pohon zaitun bagi menghasilkan kuantiti polifenol yang luar biasa.

ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN.

Semua anugerah yang ditujukan kepada minyak zaitun “extra-virgin” kami dan pengiktirafan yang diberikan oleh majalah-majalah terkemuka dan rujukan-rujukan gastronomi adalah bukti ketara kepada kecemerlangan produk kami. Antara anugerah kami termasuklah: MARIO SOLINAS anjuran International Olive Oil Council, GREAT TASTE AWARD daripada London, International Olive Oil Competition daripada Los Angeles di Amerika Syarikat, OIL CHINA di Shanghai, LEONE D’ORO de MAESTRI OLEARI di Milan, dan lain-lain.

HASIL YANG MENYAKINKAN.

Pengalaman 125 tahun kami dalam menanam zaitun, pengetahuan langsung kami akan seluruh proses pengeluaran, dan penyelidikan berterusan ke arah kecemerlangan dalam kualiti telah membuatkan Atlas Olive Oil rujukan yang berwibawa dalam menjamin kebolehpercayaan dan kecekapan dalam produk-produk OLIVIE kami.

PENGALAMAN, PENGHORMATAN DAN PENGETAHUAN.

Hanya pengalaman dalam menanam pohon zaitun, proses transformasi yang penuh teliti dan pengetahuan yang mendalam akan sifat-sifat kimia buah zaitun yang membolehkan produk-produk berkuasa antioksida tinggi ini diperoleh secara semulajadi. Produk-produk OLIVIE bukan sahaja mengandungi hidroksitirosol, malah tirosol, olea europein, flavonoid, asid vanilik, dan asid kafeik yang merupakan berbagai jenis polifenol. OLIVIE adalah satu barisan produk yang sangat lengkap, yang turut mengandungi vitamin-vitamin dan bahan-bahan galian semulajadi. Atas sebab inilah, OLIVIE merupakan produk ``aktif`` paling berkualiti dalam pasaran kini.

MENGAPA MASIH MENGGUNAKAN PRODUK-PRODUK KIMIA DAN SINTETIK SEDANGKAN WUJUD UBATAN SEMULAJADI?

Di zaman millenia, apabila perkembangan dan kemajuan masih bergerak seiring dengan keperluan manusia sejagat, kesedaran menjaga kesihatan tubuh juga bertambah efisien dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada. Realiti hari ini adalah jauh berbeza, dan malangnya, kebanyakan ubatan semulajadi yang mudah telah dilupakan; kita lebih cenderung ke arah penyelesaian buatan meskipun kita sedar akan bahayanya. Dalam konteks ini, OLIVIE PHARMA, atas dasar kesedaran, kini menjadi pemacu dalam menyebarkan kesedaran akan sifat-sifat buah zaitun yang menyihatkan, di samping membawa budaya saling menghormati antara manusia dan persekitarannya. OLIVIE: manfaat-manfaat semulajadi buah zaitun untuk semua.

MEMBANTU KESIHATAN HARIAN.

OLIVIE adalah hasil satu projek bersepadu yang merangkumi penanaman pohon zaitun, transformasi buah zaitun, dan penyelidikan gunaan ke atas sifat-sifat aneh buah zaitun dalam mengkaji penggunaannya secara lebih efisien dan meluas. Projek ini telah menjurus kepada pengeluaran bahan makanan, kelengkapan pemakanan dan kosmetik berdasarkan ekstrak zaitun dengan kepekatan agen-agen antioksida semulajadi yang tinggi melalui proses-proses yang organik. OLIVIE berkongsi pengetahuannya akan sifat-sifat penyembuhan buah zaitun untuk membantu orang ramai mengatasi berbagai penyakit dengan cara yang semulajadi, cekap dan kebiasaannya lebih murah.

PENSIJILAN

SIJIL SGS – ISO22000
SIJIL SGS – GMP / HACCP
SIJIL Kosher (OUp)
SIJIL ORGANIK EU
SIJIL ORGANIK USDA
SIJIL ORGANIK China
 SIJIL ORGANIK ECO-CERT
USA FDA APPROVED
CO2-NEUTRAL “COMPANY”
SIJIL ORGANIK Korea

Come and find out Atlas Olive Oils.