MEMBESAR DENGAN SIHAT
MINYAK ZAITUN ``EXTRA-VIRGIN`` DIOLAH KHUSUS UNTUK BAY-BAYI DAN KANAK-KANAK.
minyak zaitun “extra-virgin” OLIVIE Baby/Kids mempunyai tahap asid yang sangat rendah (0.1° – 0.2° sahaja), serta rasa buah-buahan yang lembut. Dihasilkan mengikut cita rasa kanak-kanak, ia mengandungi lemak-lemak asid yang tinggi, sesuai dengan keperluan bayi-bayi dan kanak-kanak. atas seab itu, ia disyorkan kepada bayi-bayi berusia dua bulan ke atas dan kanak-kanak dari semua peringkat umur.

PENGALAMAN DAN PENYELIDIKAN SAINTIFIK UNTUK ANAK-ANAK KECIL.
Minyak zaitun “extra-virgin” memberi kesan perlindungan khususnya ke atas tahun-tahun awal kehidupan. Atlas Olive Oils telah mencipta dan memperkenal satu inovasi minyak zaitun “Extra-Virgin” yang manis, lembut, berperisa buahan dan wangi khusus untuk bayi-bayi dan kanak-kanak: OLIVIE Baby/Kids. Minyak ini membantu penghadaman anak-anak kecil kita dan menghalang kolesterol infantil. OLIVIE Baby/Kids adalah hasil penyelidikan dua tahun oleh pakar-pakar berbilang bidang (pengeluar, saintis, perunding, dan sebagainya). Ini menjurus kepada terciptanya minyak zaitun “extra-virgin” 100% semulajadi dengan sifat-sifat yang sesuai dengan deria, fizik, kimia, dan zat yang ideal untuk bayi-bayi dan kanak-kanak.

TUMBESARAN TULANG SEWAJARNYA.
OLIVIE Baby/Kids adalah satu-satunya pemakanan tambahan yang asli dan 100% semulajadi, yang menjadikan tumbesaran kanak-kanak lebih baik dan menambaik perkembangan tulang mereka, di samping memperkuat dan memperkukuh sistem pertahanan mereka. Nisbah asid linoleik dan linolenik dalam minyak zaitun ini adalah setara dengan kandungan susu ibu (dalam tempoh penyusuan). Asik linoleik (LA – OMEGA 6) dan asid linolenik (ALA – OMEGA 3) adalah asid-asid lemak yang penting untuk keseimbangan pemakanan bayi-bayi dan kanak-kanak. Dua asid ini mengekalkan keseimbangan dalam metabolisma dan membentuk satu sumber tenaga utama sepanjang tahun-tahun awal kehidupan. La wujud secara semulajadi dalam susu ibu, dan dalam kuantiti yang kecil dalam susu botol bayi. Kekangan asid linoleik mungkin melambatkan pertumbuhan kanak-kanak dan mengakibatkan gangguan metabolik. Tambahan lagi, asid oleik, yang juga terdapat dalam susu ibu, turut terkandung dalam minyak OLIVIE Baby/Kids. Asid oleik membantu perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Apabila digunakan secara sederhana (lihat notis), OLIVIE Baby/Kids bertindak sebagai julap semulajadi yang lembut bagi bayi-bayi dan kanak-kanak dan mengelakkan sembelit.


Manfaat kesihatan untuk kanak-kanak.
Kesan-kesan komponen minyak zaitun olivie terhadap kesihatan anak-anak:
• Asid oleik > merangsang penyerapan kalsium dengan menggalakkan formasi tulang yang tepat dan pertumbuhan kanak-kanak. Ia juga mengurangkan kolesterol LDL yang tidak baik untuk kesihatan, dan menghalang pengurangan kolesterol baik HDL.
• Tokoferol > membantu tubuh mencapai penggunaan optimal vitamin A. Ia melindungi membran-membran sistem otot, saraf dan kardiovaskular.
• Karotenoid > membantu menghalang jangkitan pernafasan dan menggalakkan perkembangan tulang.
• Sitosterol > membantu mengurangkan tahap kolesterol darah.
• Sebatian-sebatian fenol > melindungi daripada pengoksidaan, membantu menghalang penuaan pramatang. Tambahan pula, OLIVIE Baby/Kids bertindak sebagai julap semulajadi yang lembut untuk bayi-bayi dan kanak-kanak, menambahbaik penghadaman dan membantu mengelakkan kembung perut bayi dengan komponen-komponen semulajadinya.
Posologi
Tekan OLIVIE Baby/Kids dua kali dalam anggaran 50 ml ke dalam makanan (untuk dicampur dengan sup atau susu).
Cadangan penggunaan
– Membantu mengekalkan keseimbangan metabolism kanak-kanak
– Membantu tumbesaran
– Bertindak sebagai julap semulajadi
– Melegakan kembung perut bayi
Bahan-bahan
100% minyak zaitun “extra virgin” yang diperakui organik
Bebas daripada
Gluten, Gandum, Tenusu, Ragi, Gula, Natrium, Perisa tiruan, Pemanis, Pengawet dan Pewarna
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.