OLIVIE PHARMA,
a department of Atlas Olive Oils sarl

BERITA SEMASA

PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN

OLIVIE MERUPAKAN SATU HIMPUNAN PRODUK SEMULAJADI, YANG DIKAJI KHUSUSNYA UNTUK KESIHATAN, KEBAIKAN PSIKOFIZIKAL, DAN PENJAGAAN KULIT.

Ia dihasilkan kepada semua orang yang memilih untuk menjaga diri secara asli dan semulajadi.

tutti

NIKMATI MANFAAT KESIHATAN DAN KECANTIKAN SETIAP HARI.

Kandungan Olivie yang luar biasa, hasil kajian komuniti perubatan saintifik antarabangsa, kini dikenali sebagai Olivie yang merupakan 100% himpunan produk semulajadi yang dihasilkan untuk diamalkan setiap hari demi kesihatan tubuh yang optimum.

MANFAAT DIET MEDITERRANEAN.

Kesan-kesan diet Mediterranean telah dibuktikan secara saintifik dan dikaitkan dengan pengamalan minyak zaitun. Minyak zaitun adalah kaya secara semulajadinya dengan kandungan antioksida dan asid-asid lemak yang baik untuk kesihatan. Manfaat terbesarnya datang daripada hidroksitirosol yang merupakan agen antioksida yang paling kuat dan mudah diserap oleh tubuh badan manusia. Kandungan Polifenol asli pula dapat mengurangkan tekanan oksidatif dan melindungi tubuh badan daripada tindakan radikal-radikal bebas. Ia juga memiliki fungsi anti-radang dan kawalan imun yang mampu mengembalikan keseimbangan psikofizik semulajadi.

KELEBIHAN-KELEBIHAN SEMULAJADI OLIVIE.

Produk-produk OLIVIE bukanlah dihasilkan secara terbina mahupun secara kimia. Sebaliknya, produk ini adalah produk semula jadi yang mempunyai khasiatnya yang sangat baik terhasil daripada persekitaran pokok zaitun itu ditanam dan kesederhanaan proses pengehasilannya.

Keutuhan produk ini dapat memberikan manfaat-manfaat yang lebih besar kepada kesihatan dan menjadikan produk ini sebagai satu alternatif yang sangat baik bagi mereka yang ingin menghindari dan melindungi diri mereka dari tekanan oksidatif secara semulajadi.

BAGAIMANAKAH OLIVIE BERFUNGSI?

Kandungan semulajadi OLIVIE (agen-agen antioksida) dapat menghalang kerosakan pada sel-sel badan atau memulihkan kerosakan yang sedia ada. Agen-agen antioksida ini mampu mnghalang pengoksidaan – satu proses yang disebabkan oleh radikal-radikal bebas yang mampu menjurus kepada kegagalan fungsi-fungsi sel. Secara ringkasnya, agen-agen antioksida mampu menghalang daripada berlakunya pembentukan radikal-radikal bebas. Jika terdapat banyak agen-agen antioksida di dalam badan kita, secara tidak langsung ia mampu melindungi tubuh badan daripada penyakit-penyakit berbahaya dan memperlahan proses penuaan.

Manfaat-manfaat OLIVIE.

Antioksidan yang terdapat pada OLIVIE mampu membantu kita kelihatan awet muda, hidup lebih lama, dan berada di dalam keadaan kesihatan yang optimal. Ia mampu melindungi kita daripada penyakit-penyakit berbahaya dan yang berhubungkait dengan usia. Agen-agen antioksida di dalam OLIVIE juga mampu memperkukuhkan sistem imun dan melawan penyakit Alzheimer, Parkinson, kanser, penyakit kardiovaskular, kencing manis, sklerosis berbilang, dan artritis reumatoid. OLIVIE membantu dalam mencuci dan menyahtoksik tubuh badan supaya sel-sel – unit hidup terkecil – kekal sihat sepanjang masa.

JAWAPAN KEPADA GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT.

Kegagalan untuk berubah kepada cara yang hidup yang sihat seperti bersenam dan memastikan pengambilan makanan berkhasiat yang seimbang dan sentiasa mengoptimumkan kesihatan mental, serta meninggalkan amalan menghisap rokok, minum minuman keras, tinggal dalam persekitaran yang tercemar adalah antara punca utama tubuh badan mengalami pelbagai jenis penyakit yang berbahaya. Jika anda ingin berubah, pastikan OLIVIE termasuk dalam diet seharian anda demi mencapai kesihatan yang lebih sempurna. Rangkaian produk OLIVIE termasuklah:

• OLIVIE Baby/Kids Ianya merupakan minyak zaitun dara dengan rasa yang bermanis buah, sesuai dengan selera kanak-kanak. Ianya sarat dengan nutrisi termasuklah mengandungi kadar nisbah asid lemak yang sama dengan susu badan ibu, sekaligus membantu tumbesaran tulang dan meningkatkan kadar metabolisma bayi dan kanak-kanak.

• OLIVIE Plus 30x Minyak zaitun “extra-virgin” yang mengandungi secara semulajadi 30 kali ganda hidroksitirosol berbanding sebarang minyak kenvensional lain. Minyak zaitun yang paling berkhasiat di dunia.

• OLIVIE Force/Rich Makanan sampingan yang dikeluarkan dari pohon zaitun, kaya dengan agen-agen antioksida yang berkuasa, vitamin dan galian. Mengandungi secara tertumpu manfaat kedua-dua minyak zaitun dan buah zaitun itu sendiri.

• OLIVIE Beauty Krim wajah pencerahan beriktiraf yang organik untuk kegunaan siang dan malam, dengan kandungan polifenol yang tinggi dan kuasa antioksida yang luar biasa.

• OLIVIE PowerUp Satu sudu mengandungi kuantiti hydroxytyrosol antioksidan 10 kali lebih daripada minyak olive biasa.

• OLIVIE Anti-age 5500 kali lebih tinggi kandungan antioksidan berbanding pati minyak zaitun dara biasa.

• OLIVIE DermaPsoria 5500 kali lebih tinggi kandungan antioksidan berbanding pati minyak zaitun dara biasa.

Come and discover the OLIVIE products.