Kami berpengalaman dalam bidang penanaman zaitun selama 125 tahun. Pengetahuan kami akan pohon zaitun dan buahannya membolehkan kami menyampaikan kesemulajadian, kualiti dan kecekapan dalam produk-produk kami.

Seni minyak zaitun sejak 1887

Penghasilan minyak zaitun sememangnya adalah suatu seni. Di Morocco, seni in telah diberi nama: Atlas Olive Oils. Kisah ini bermula pada tahun 1887 apabila Boujida Aqallal mula mengeluarkan minyak zaitun “extra-virgin” yang terkemuka. Sejak itu, seni mulia ini telah diturunkan dari generasi ke generasi hingga ke hari ini, tidak terjejas dari segi kesungguhannya malah kian segar dalam pemikirannya.

Suatu perkembangan yang membantu negara

Anda boleh menilai betapa unggulnya syarikat ini dengan hanya melihat pada perkembangannya dalam melindungi alam sekitar dan manusia dengan penuh tanggungjawab. Agro Health sudah lama sedar akan kepentingan nilai-nilai tersebut dan telah memutuskan untuk memperkembang aktiviti-aktivitinya secara lestari:
• Membantu para peladang
• Menjimatkan air
• Mengambil berat akan para pekerja
• Membanteras penggurunan

Para petani gurun

Agro Health adalah syarikat kumpulan kami yang bertujuan untuk menanam pohon zaitun milik keluarga Aqallal sejak hujung abad ke-19. Ladang kami terletak di kawasan-kawasan kering Morocco, yang kami usahakan 600 hektar dusun dengan lebih sejuta pohon zaitun. Misi kami adalah untuk mencapai piawaian kualiti tertinggi melalui perkembangan yang berterusan dan pengeluaran yang bersepadu.

Wahah di dalam gurun

Ladang El-Borouj, seluas 153 hektar, terletak di pertengahan gurun berbatu di atas plat fosfat, 150 kilometer dari Casablanca menuju ke arah Marrakech. Kawasan ini mempunyai sifat-sifat agronomi yang unik dan optimum yang diperlukan oleh pohon-pohon zaitun bagi menghasilkan kuantiti polifenol yang luar biasa.

Anugerah dan pengiktirafan

Semua anugerah yang ditujukan kepada minyak zaitun “extra-virgin” kami dan pengiktirafan yang diberikan oleh majalah-majalah terkemuka dan rujukan-rujukan gastronomi adalah bukti ketara kepada kecemerlangan produk kami. Antara anugerah kami termasuklah: MARIO SOLINAS anjuran International Olive Oil Council, GREAT TASTE AWARD daripada London, International Olive Oil Competition daripada Los Angeles di Amerika Syarikat, OIL CHINA di Shanghai, LEONE D’ORO de MAESTRI OLEARI di Milan, dan lain-lain.

Keputusan yang boleh dipercayai

Pengalaman 125 tahun kami dalam menanam zaitun, pengetahuan langsung kami akan seluruh proses pengeluaran, dan penyelidikan berterusan ke arah kecemerlangan dalam kualiti telah membuatkan Atlas Olive Oil satu suara rujukan yang berwibawa dalam menjamin kebolehpercayaan dan kecekapan dalam produk-produk OLIVIE kami.