OLIVIE Plus 30x: tiga puluh kali ganda khasiat di dalam satu sudu.

Rasai kuasa hijau: 30 kali ganda hidroksitirosol, polifenol semulajadi, 30 kali lebih efektif dalam melindungi jantung daripada pengoksidaan kolesterol LDL

Memelihara sel-sel badan daripada kerosakan oksidatif. Ini membantu penghindaran penyakit-penyakit serius (kanser, pengirfakan jantung, Parkinson, Alzheimer, dan lain-lain). Dengan kepekatan polifenol semulajadi yang tinggi, OLIVIE Plus 30x adalah sesuai khususnya bagi rawatan pencegahan:
• Angin ahmar
• Tekanan darah tinggi
• Penuaan
• Kuasa antioksida
• Kanser
• Kesan antimikrobial
• Endokrin
• Psoriasis
• Sistem saraf

Minyak zaitun "extra-virgin" yang unik dan kaya dengan antioksida, 100% semulajadi

Analisis minyak zaitun "extra-virgin" OLIVIE PLUS 30x dari Atlas Olive Oils menunjukkan bahawa minyak ini kaya secara semulajadi dengan polifenol dan khususnya hidroksitirosol, dengan kandungan 233 mg/kg, dan juga tyrosol, dengan kandungan 161 mg/kg.

Satu kajian perbandingan mengesahkan bahawa OLIVIE Plus 30x mengandungi 30 kali ganda hidroksitirosol secara semulajadi

Jadual berikut menunjukkan kandungan hidroksitirosol dan tirosol bagi 22 sampel minyak zaitun “extra-virgin” lazim yang diperoleh dari empat negara Mediterranean yang menghasilkan minyak zaitun “extra-virgin” (sumber: Hmeirik dan Frische – 2004), yang apabila dibandingkan dengan OLIVIE Plus 30x, menunjukkan tanpa keraguan kepekatan polifenol yang lebih tinggi.

Mengapakah OLIVIE PLUS 30x memiliki ciri-ciri khas sebegini?

Kerana minyak ini datang daripada pohon-pohon zaitun yang ditanam di dalam kawasan padang pasir yang berbatu. Sama seperti wain, sudah sedia maklum bahawa suatu pohon zaitun haruslah dikerah untuk menghasilkan produknya yang terbaik. Memandangkan persekitaran yang sangat panas (setinggi 53°C pada musim panas), tanah berbatu yang mana akar-akar tidak dapat berkembang dengan mudah, dan kekangan air, pohon-pohon zaitun ini akan tertekan. Suatu fenomena panik (naluri kelangsungan) berlaku pada pohon-pohon ini, lalu meningkatkan penghasilan polifenol dan khususnya hidroksitirosol dan tirosol (pertahanan diri).

Minyak zaitun "exra-virgin" paling berkhasiat di dunia

Hidroksitirosol merupakan agen antioksida paling berkuasa yang mampu diserap dengan mudah oleh tubuh manusia. Nilai ORAC yang menggambarkan kuasa antioksida: 40000 μmolTE/g. Berdasarkan kaedah makmal antarabangsa “Folin Ciocalteu”, suatu minyak zaitun “extra-virgin” konvensional biasanya mengandungi hidroksitirosol sebanyak 7 mg/kg.

Kandungan hidroksitirosol di dalam minyak zaitun “extra-virgin” OLIVIE Plus 30x adalah 233 mg/kg, jauh lebih tinggi! Jumlah polifenol juga sangat tinggi: 1250 mg/kg, berbanding minyak zaitun “extra-virgin” biasa: 253 mg/kg. Perbandingan kadar hidroksitirosol dan tirosol antara 22 sampel minyak zaitun daripada empat negara Mediterranean dan minyak OLIVIE Plus 30x kami:

"Sebatian Minyak Zaitun Membunuh Sel-Sel Kanser Dalam Tempoh Sejam: Oleocanthal Maha Kuasa"

Satu kajian saitifik yang sahih dan terkini oleh Rutgers University dan Hunter College telah menunjukkan keberkesanan molekul oleocanthal. OLIVIE Plus 30x mengandungi 30 kali ganda oleocanthal berbanding minyak-minyak zaitun “extra-virgin” yang lain. Untuk maklumat lanjut berhubung dengan kajian ini, sila ikuti pautan berikut.