OLIVIE Beauty: Krim wajah pencerahan organik yang diperakui. Kepekatan tinggi polifenol yang menjadikan kulit lebih muda.

Serlahkan kecantikan dengan agen antioksida berkuasa yang paling semulajadi

OLIVIE Beauty adalah satu krim wajah pencerahan organik untuk penggunaan malam, dengan kandungan polifenol tinggi yang membawa kuasa antioksida yang luar biasa.Sangat kaya dengan bahan-bahan aktif, ia juga mempunyai sifat-sifat berikut:
• Pencerahan dan pemulihan bintik gelap (2% arbutin)
• Silauan pewarna (air hamamélis dan hélichryse)
• Agen-agen antioksida (minyak zaitun “extra-virgin” kaya dengan polifenol, air hélichryse)
• Menyuburkan (minyak zaitun, minyak pohon aprikot dan mentega sayur)
• Melegakan (bisabolol and skualena daripada zaitun)
• Melembapkan (terbitan xilitol)
Juga mengandungi pelindung suria galian

Organik adalah baik

OLIVIE Beauty merupakan satu kosmetik ekologi dan biologi yang dikitiraf oleh Ecocert Greenlife. Ia tidak mengandungi sebarang paraben, pengawit sintesis, hidrokuinon, sulfit mahupun EDTA kerana bahan-bahan asli yang terkandung dalam OLIVIE Beauty sudah sedia ada membawa tindakan anti-mikrob, pengawetan, pencerahan, antioksida dan pembunuh bakteria.

OLIVIE Beauty adalah jauh lebih baik

• 100% semulajadi
• Satu-satunya krim pencerahan dan pemutihan di Morocco yang diiktiraf oleh Ecocert

• Memulihkan bintik-bintik dengan baik. Berasaskan arbutin, tumbuhan semulajadi, memutihkan dan mencerahkan tanpa sebarang ketoksikan kulit berbanding hidrokuinon yang dikatakan kasar kepada kulit (diharamkan dalam sesetengah negara)
• Berasaskan polifenol semulajadi (agen-agen antioksida) daripada zaitun (hidroksitirosol) yang bertindak lembut ke atas melanin kulit dan menjamin perlindungannya
• Diperbuat di Perancis, dalam satu makmal bereputasi baik, berteknologi maju dan menepati piawaian-piawaian Eropah
• Memerlukan tiga tahun penyelidikan dan perkembangan yang dilaksanakan oleh satu pasukan berbagai disiplin (penghasil zaitun, seorang doktor, seorang ahli bioteknologi, dan seorang perunding). Berbagai ujian klinik telah dijalankan ke atas OLIVIE Beauty dalam menjamin kualitinya yang tinggi
• Tiub bebas angin yang bersih untuk penggunaan berpanjangan

Tindakan OLIVIE Beauty

• Arbutin (ramuan aktif pencerahan utama OLIVIE Beauty cream) merawat pempigmenan dan mencerahkan kulit dengan bertindak secara langsung ke atas perencatan tirosinase, justeru mengehadkan sintesis melanin dengan melanosit
• OLIVIE Beauty juga mengandungi titanium dioksida (pigmen putih) “menyamar” sebagai alat solek dan kulit
• Ramuan-ramuan seperti bisabolol alfa, minyak-minyak sayuran termasuklah minyak zaitun yang diperkya dengan polifenol mempunyai satu tindakan yang melegakan, justeru, mengehadkan kemerahan

• Hidrosol-hidrosol witch hazel dan helikrisum menyatukan raut wajah (termasuklah bertindak ke atas mikroedaran)
• Pengemulsi lesitin menggalakkan penerapan dan penyerapan sebatian-sebatian akif dari emulsi melalui kulit
• Pewangi yang digunakan adalah lembut dan 100% semulajadi (tiada pewangi tiruan digunakan)

Cadangan penggunaan

Ratakan siang dan malam ke atas muka dan leher, atas kulis yang telah dibersihkan. Mengandungi pelindung suria galian.

Ramuan

Akua (air), air bunga helikrisum italikum*, air hamamelis virginiana (witch hazel)*, minyak buah olea europaea (zaitun), koko-kaprilat/kaprat, gliserin, eter dikaprilil, minyak benih helianthus annuus (bunga matahari) *, mentega butirospermum parkii (shea)*, alkohol C12-16, arbutin, skualan, lesitin terhidrogen, asid palmitik, gliseril stearat, minyak bertih prunus armeniaca (aprikot)*, titanium dioksida, gliseril undesilenat, natrium levulinat, tokoferol, xilitilglukosida, bisabolol, gam xantan, natrium anisat, anhidroksilitol, asid sitrik, parfum (pewangi), xilitol, limonina, linalool.

* Ramuan daripada pertanian organik
100% daripada jumlah ramuan adalah daripada asalan semulajadi
31% daripada jumlah ramuan adalah daripada pertanian organik