Pohon zaitun, satu simbol kearifan, kuasa dan keamanan, telah memberikan buahan yang lazat dan kaya secara semulajadi dengan polifenol dengan sifat-sifat yang tidak tertanding kecekapannya.

Makanan sebagai sumber ubatan hari ini dan semalam

Telah lama terbukti bahawa kebanyakan tamadun purba yang telah berkembang, antaranya Mesir, Cina dan Sumeria, sudah biasa dengan menjaga dan merawat berbagai penyakit melalui pemakanan. Ayurveda, satu perubatan tradisional India, telah menggunakan makanan sebagai satu terapi sejak lebih 5000 tahun yang lalu. Dokumen-dokumen bersejarah telah menunjukkan bagaimana manfaat-manfaat makanan telah dipertimbangkan selama ribuan tahun, malah Hippocrates yang diangkat serata dunia sebagai bapa perubatan Barat juga pernah berkata, “Jadikanlah makanan anda sebagai ubatan anda, dan ubatan anda sebagai makanan anda.” Hingga beberapa dekad lalu, sains alimentari telah menghadkan analisis mereka terhadap nilai khasiat pemakanan. Kini, penyelidikan-penyelidikan baru telah menjurus kepada penerimaan yang lebih meluas dalam hubungan antara makanan dan kesihatan dengan menentukan komponen-komponen tertentu yang memiliki sifat-sifat terapeutik.

Putera pemakanan

Penyelidik-penyelidik saintifik telah sebulat suara bersetuju akan kebaikan diet Mediterranean kerana ia sangat seimbang dan kaya dengan bahan-bahan bermanfaat seperti karbohidrat, lemak, protein, air, vitamin dan garam galian. Terdapat berbagai jenis makanan dalam diet ini, tetapi minyak zaitun "extra-virgin" adalah yang paling penting kerana ia kaya secara semulajadi dengan asid-asid lemak yang baik untuk kesihatan. Ini adalah satu keperluan dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan dengan sidat-sifat antioksida yang melindungi badan daripada kerosakan-kerosakan radikal bebas.

Pengoksidaan merosakkan sel-sel

Tubuh kita sentiasa diserang radikal-radikal bebas dalam persekitaran kita: sinaran ultraungu matahari yang melampau, radiasi dari aktiviti perkilangan, asap rokok, pencemaran dari kenderaan, dan sebagainya. Misalnya, apabila bernafas, kita akan menyerap radikal-radikal bebas dalam bentuk pencemaran. Sel-sel dalam badan kemudian akan rosak dan mungkin juga mati berikutan tindakbalas kimia. Radikal-radikal bebas ini boleh menyebabkan berbagai penyakit berbahaya seperti kanser, leukimia, kencing manis, masalah-masalah buah pinggang, hati, kulit, dan sebagainya. Radikal-radikal bebas turut mempercepat proses penuaan. Proses in boleh dibandingkan dengan pengoksidaan logam. Apabila teroksida, aluminium akan bertukar putih, besi akan berkarat, dan kuprum akan bertukar hijau.

Atas logik yang sama, radikal-radikal bebas ini juga membahayakan tubuh badan kita. Sudah tentu radikal-radikal bebas ini tidak hanya datang dari persekitaran, malah ia juga dihasilkan oleh metabolisma tubuh badan kita melalui diet dan pemakanan. Sepertimana yang kita boleh lihat, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga dalam melindungi tubuh badan kita daripada radikal-radikal bebas. Penyelesaian kepada masalah ini adalah agen-agen antioksida. OLIVIE mempunyai kandungan agen-agen antioksida yang tinggi, yang akan membantu dalam meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan. Agen-agen ini dapat mengawal dan menghalang radikal bebas daripada merosakkan tubuh badan anda.

Kuasa anti-radang dan penghilang kesakitan yang tinggi bagi sendi-sendi

Kapsul kami telah menunjukkan sifat-sifat anti-radang yang sangat besar, lebih kurang 20% lebih tinggi daripada duclofenac dan indometacine. Tanpa sebarang kesan sampingan, tidak seperti ubatan anti-radang kimia (sakit perut), para pesakit boleh mengamalkannya setiap hari! Ini terbukti melalui satu kajian klinikal terperinci dalam terbitan terkemuka American Journal of Biological and Pharmaceutical Research.

Hydroxytyrosol, raja antioksida

Terdapat berbagai tumbuhan yang mengandungi bahan-bahan berkhasiat dan kaya dengan polifenol (buahan, sayuran, kekacang, cendawan, herba, rempah, dan sebagainya), akan tetapi buah zaitun merupakan satu-satunya organisma vegetal yang mengandungi sebilangan besar polifenol bioaktif, antaranya termasuklah oleuropein, tirosol dan hidroksitirosol. Polifenol ini adalah sangat penting kerana sidat-sifat antioksida yang sangat kuat dan ketersediaan hayatinya yang sangat tinggi, seperti yang tertunjuk dalam penyelidikan terkini. Kuasa antiokoksidanya termasuklah pengawalan kesan oksidatif radikal-radikal bebas dan penghindaran keadaan-keadaan yang mampu mengakibatkan penyakit. Ia telah diukur melalui ujian ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) dan menunjukkan sebanyak 40,000 μmolTE/g, bilangan yang paling tinggi berbanding sebarang polifenol lain yang telah ditemui.

Kesan-kesan polifenol kaya dalam ekstrak pohon zaitun ke atas radang dan kesakitan dalam pesakit artritis reumatoid

Saringan-saringan klinikal telah menunjukkan, buat pertama kali, kesan terapeutik yang mampu dibawa ekstak pohon zaitun dengan kandungan polifenol tinggi terhadap radang dan kesakitan yang berhubung dengan artritis reumatoid. Untuk maklumat lanjut berkenaan penyelidikan ini, sila ikuti pautan berikut.

Keajaiban semulajadi pohon-pohon zaitun gurun

OLIVIE PHARMA telah menemui satu cara untuk meningkatkan kandungan agen-agen antioksida dalam pohon zaitun 100% secara semulajadi. Kuantiti polifenol, khususnya hidroksitirosol dan tirosol bergantung kepada keadaan pohon-pohon ini membesar dan cara minyaknya diperoleh daripada buahnya. Pohon zaitun ini ibarat sebuah ladang anggur, ia haruslah dikerah untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Suhu yang panas (53°C pada musim panas), tanah berbatu yang menyukarkan perkembangan akar, dan kekurangan air akan memaksa pohon-pohon zaitun ini untuk melaksanakan satu fenomena panik (naluri kelangsungan hidup). Naluri ini akan menjurus kepada peningkatan yang sangat tinggi dalam penghasilan polifenol dalam buahan, akar dan tunas zaitun (fenomena pertahanan diri). Dengan ini, minyaknya bukan sahaja akan mengandungi nilai hidroksitirosol yang sangat besar, malah ia juga mengandungi sebilangan besar tirosol, olea europeine, flavonoid, asid vanilik, dan asid kafeik yang semuanya merupakan jenis-jenis polifenol yang berbeza. Berdasarkan kaedah makmal antarabangsa Folin Ciocalteu, minyak zaitun “extra-virgin” yang konvensional biasanya mengandungi hidroksitirosol sebanyak 7 mg/kg. Minyak zaitun “extra-virgin” OLIVIE Plus 30X kami mengandungi 233 mg/kg hidroksitirosol. Jumlah polifenol kami juga tinggi: 1250 mg/kg berbanding minyak zaitun “extra-virgin” biasa: 253 mg/kg. Sifat unik ini datang berpunca daripada penanaman pohon-pohon zaitun kami di kawasan gurun berbatu. Pohon-pohon gurun ini telah menghasilkan barisan produk OLIVIE kami yang eksklusif.

"Sebatian Minyak Zaitun Membunuh Sel-Sel Kanser dalam Tempoh Sejam: Oleocanthal Maha Kuasa"

Satu penyelidikan saintifik terkini dan berwibawa yang dijalankan oleh Rutgers University dan Hunter College telah menunjukkan keberkesanan molekul-molekul oleocanthal. Olivie Plus 30X mengandungi 30 kali ganda oleocanthal berbanding minyak-minyak zaitun “extra-virgin” lain. Untuk maklumat lanjut berhubung penyelidikan ini, sila ikuti pautan berikut.