Kesan-kesan negatif radikal-radikal bebas boleh dilawan secara berkesan dengan polifenol, agen antioksida semulajadi yang terkandung dalam OLIVIE.

Radikal-radikal bebas: musuh atau sahabat?

Radikal-radikal bebas adalah atom, molekul atau ion yang mempunyai electron yang tidak berpasangan. Atas sebab ini, radikal-radikal bebas adalah sangat reaktif dan mudah bertindakbalas dengan sebarang molekul di sekelilingnya (karbohidrat, lipid, asid nukleik), merosakkannya dan menggugat fungsinya. Tambahan pula, apabila bertindakbalas dengan molekul-molekul lain, ia mampu merebak dan memulakan tindakbalas rantaian yang boleh mengakibatkan kerosakan yang besar kepada sel tersebut. Setiap sel menghasilkan radikal-radikal bebas dalam keadaan-keadaan normal: tindakbalas enzim, pemfosforilan oksidatif, dan pertahanan keimunan. Tubuh badan boleh menahannya dengan mudah dalam kuantiti kecil, dan menyahaktifkannya melalui sistem enzim seperti glutation dan agen-agen antioksida lain yang dipanggil sebagai para pengaut atas kemampuannya untuk meneutralkan radikal-radikal bebas ini. Apabila terlalu banyak radikal-radikal bebas dihasilkan, satu ketegangan oksidatif berlaku. Sistem-sistem enzim dan agen-agen antioksida dalam sel tidak mampu menahan penghasilan yang melampau ini, lalu radikal-radikal bebas ini mengakibatkan kerosakan sel yang mungkin boleh dipulihkan, apabila sel tersebut kembali ke keadaan biasa, dan mungkin juga tidak boleh dipulihkan lalu menjurus kepada kematian sel melalui apoptosis atau nekrosis.

Kesan-kesan negatif radikal-radikal bebas

Radikal-radikal bebas adalah salah satu mekanisma kerosakan sel yang utama. Mereka akan melekat kepada tiga komponen sel: lipid, protein, dan asid nukleik.
• Pemperoksidaan lipid, khususnya membran plasma kepada organel-organel dalam sel, adalah satu kerosakan sel akibat berbagai jenis radikal-radikal bebas yang, dengan kehadiran oksigen, bertindakbalas dengan rangkaian lipid dalam membran, menghasilkan lipid peroksida.

Ini kemudian bertindakbalas dan merebak, mengakibatkan satu kerosakan yang lantas tiba pada membran. Degradasi lipid yang disebabkan oleh radikal-radikal bebas ini tertunjuk melalui kehadiran hasil-hasil lipoksilasi lanjutan (ALEs, Advanced Lipoxylation End-products) seperti 4-hidroksi-nonenal (4-HNE) dan malonil-dialdehida (MDA).
• Pengoksidaan protein berlaku apabila radikal-radikal bebas (yang mengokdsidakan kumpulan-kumpulan sisi asid amino) merosakkan fungsi protein tersebut. Ia juga menggalakkan penciptaan rangkaian-rangkaian silang seperti ikatan disulfida, mengubah strukturnya atau pembengkokannya dan boleh mengakibatkan asid-asid amino terubahsuai.
• Kerosakan DNA berlaku apabila radikal-radikal bebas mengubah struktur kimia asas-asas nitrogen dengan mengakibatkan mutasi atau dengan mencipta asas-asas baru. Kerosakan sebegini merupakan salah satu punca penuaan sel dan ia menggalakkan kanser. Tekanan oksidatif kini dikaitkan dengan beratus masalah patologi manusia (seperti fibroplasia retrolenticolare, aterosklerosis, tekanan darah tinggi, Parkinson, Alzheimer, diabetes insipidus, radang usus besar, atritis reumatoid, favisma, dan sebagainya) dan salah satu punca penuaan yang boleh dikawal secara mujarab dengan bahan-bahan antioksida.

Agen antioksida atau agen oksida? Kebaikan berdiri di tengah-tengah

Agen-agen antioksida adalah agen-agen fizik atau molekul-molekul yang memperlahan atau menghalang pengoksidaan molekul-molekul lain. Pengoksidaan adalah satu tindakbalas kimia yang boleh menghasilkan radikal-radikal bebas yang menjadi picu kepada tindakbalas rantaian yang merosakkan sel-sel. Agen-agen antioksida melawan dan menghentikan tindakbalas rantaian ini dengan mencelah antara radikal-radikal perantaraan dan merencatkan tindakbalas pengoksidaan lain dengan mengoksidakan dirinya sendiri.

Oleh itu, agen-agen antioksida diberi nama kimia agen-agen penurun – seperti tiol atau polifenol, memandangkan tindakbalas kimia yang terlibat adalah tindakbalas pengoksidaan-penurunan. Tumbuhan dan haiwan memiliki sistem-sistem antioksida yang rumit seperti glutation, vitamin C dan E, enzim seperti katalase, superoksida dismutas, dan berbagai peroksida. Tahap antioksida yang terlalu rendah atau kerencatan enzim antioksida adalah satu penyebab tekanan oksidatif dan boleh merosakkan malah membunuh sel-sel. Tekanan oksidatif mewakili satu ketidakseimbangan antara manifestasi sistem spesis oksigen reaktif dan kemampuan sesuatu sistem biologi untuk menyahtoksik perantara reaktif atau untuk membaiki kerosakan yang terhasil. Keseimbangan antara agen-agen oksida dan antioksida adalah sangat penting dalam mengekalkan kesihatan semulajadi tubuh badan kita.

Polifenol menentang tekanan oksidatif

Polifenol adalah satu kumpulan yang terdiri dari lebih kurang 5,000 molekul organik yang terdapat secara meluas dalam alam tumbuhan. Seperti namanya, polifenol disifatkan oleh kewujudan berbagai kumpulan fenol yang berhubung dalam struktur yang agak rumit, yang biasanya mempunyai berat molekul yang tinggi. Polifenol adalah agen antioksida semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan (unsur-unsur surih polifenol jenis bioflavonoid seperti procyanidin, proanthocyanidins, leucoanthocyanidins, pycnogenols, tannins, dan sebagainya). Ia berguna dalam menghalang pengoksidaan lipoprotein dan untuk menyambar radikal-radikal bebas. Kesan-kesan biomedik yang positif juga telah terbukti akan penyakit kardiovaskular, kesenesenan dan terhadap pertumbuhan kanser.