Pengalaman dan kajian gunaan digabung bersama untuk menghasilkan satu projek bersepadu atas tujuan mengembangkan potensi-potensi besar sifat-sifat buah zaitun.

Pengalaman, penghormatan dan pengetahuan

Hanya pengalaman dalam menanam pohon zaitun, proses transformasi yang penuh hormat dan pengetahuan yang mendalam akan sifat-sifat kimia buah zaitun yang membolehkan produk-produk berkuasa antioksida tinggi ini diperoleh secara semulajadi. Produk-produk OLIVIE bukan sahaja mengandungi hidroksitirosol, malah tirosol, olea europein, flavonoid, asid vanilik, dan asid kafeik yang merupakan berbagai jenis polifenol. OLIVIE adalah satu barisan produk yang sangat lengkap, yang turut mengandungi vitamin-vitamin dan bahan-bahan galian semulajadi. Atas sebab inilah, OLIVIE merupakan produk "aktif" paling kaya dalam pasaran kini.

Mengapa guna produk-produk kimia dan sintetik apabila wujud ubatan semulajadi?

Semasa zaman millenia, apabila perkembangan dan kemajuan masih bergerak seiring dengan keperluan manusia sejagat, manusia menjaga kesihatan tubuh mereka secara cekap dan efisien menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada. Realiti hari ini adalah jauh berbeza, dan malangnya, kebanyakan ubatan semulajadi yang mudah telah dilupakan; kita lebih cenderung ke arah penyelesaian buatan meskipun kita sedar akan bahayanya. Dalam konteks ini, OLIVIE PHARMA, atas dasar kesedaran, kini menjadi pemacu dalam menyebarkan kesedaran akan sifat-sifat buah zaitun yang menyihatkan, di samping membawa budaya saling menghormati antara manusia dan persekitarannya. OLIVIE: manfaat-manfaat semulajadi buah zaitun untuk semua.

Sememangnya satu bantuan dalam kesihatan harian

OLIVIE adalah hasil satu projek bersepadu yang merangkumi penanaman pohon zaitun, transformasi buah zaitun, dan penyelidikan gunaan ke atas sifat-sifat aneh buah zaitun dalam mengkaji penggunaannya secara lebih efisien dan meluas. Projek ini telah menjurus kepada pengeluaran bahan makanan, kelengkapan pemakanan dan kosmetik berdasarkan ekstrak zaitun dengan kepekatan agen-agen antioksida semulajadi yang tinggi melalui proses-proses yang organik. OLIVIE berkongsi pengetahuannya akan sifat-sifat penyembuhan buah zaitun untuk membantu orang ramai membanteras berbagai penyakit dengan cara yang semulajadi, cekap dan kebiasaannya lebih murah.